Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita

October 8th, 2010

AYUH! KERAHKAN HULUBALANG KITA

Hoiiiiiii!!! cepatttt… cepatttt..
bergerak dengan pantas..
berkumpul semua..
jangan terhegeh-hegeh..
jangan tersengih-sengih..
cipta barisan tersusun
tegak berdiri teguh
cangkuk lengan mu
paut berpautan
jangan sampai longar..
rapatkan bahumu
perkuatkan kekudamu..
Diam.. diam.. diam..
rapatkan bibirmu
kembangkan telingamu.

Wahai hulubalangku..
ku sampaikan Watikah perintah Duli Tuanku..
perancangan telah diatur..
rundingan telah muktamat
empayar akan diperluaskan..
persiapkan diri kamu..
panji-panji berkibar
kita akan MENYERANG..

Wahai hulubalangku..
aku telah dididik dengan sempurna..
untuk memimpin kamu..
“Tiada berguna pergi berperang
seandainya aku gagal menyampaikan
Amanat Sultan
dengan tepat lagi benar kepadamu”.

Wahai hulubalangku..
bersatulah kamu..
satukan jiwamu..
satukan mindamu..
satukan semangatmu..
satukan matlamatmu..

Wahai hulubalangku..
tidak berguna runcingnya tombak mu
tidak mengerunkan tajamnya pedangmu
tidak sehebat mana pencak silatmu
kelak perisai terbelah dua
jasadmu menyembam bumi
panji-panji kebanggaan tumbang berserakan
sia-sia nyawa mu melayang
serangan tidak menjadi kebanggaan
empayar yang ada hancur berkecai.

Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita
Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita
Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita

Hoiiiiiii cepatttt…cepatttt…
runcingkan minda mu
pertajamkan ilmu mu
berlatih lah, berlajarlah
bina ketahanan dirimu
tak goyah disergah
tak tumbang dilanda
pintar bertindak
cekap lagi tangkas
senjata mencantas
musuh bertempiaran
kekuatanmu dikagumi
tunduk musuh oleh
kepintaran mu.

Percayalah kamu,
wahai hulubalangku.
Kelak empayar megah dibina
dari tangan-tangan hulubalangku
yang pintar lagi bijak bistari.

Wahai Hulubalangku..
kamu semua telah diamanahkan..
tunaikan tanggung-jawabmu
dengan sempurna.

Aku akan bangga dengan kamu
anugerah kesasteria selayaknya untuk mu

Wahai hulubalangku
yang gagah perkasa berhemah tinggi.
Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita
Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita
Ayuh! Kerahkan Hulubalang Kita.

AzmanK88
PRONetwork247
Oktober 8, 2010

Azman Karim

Create Your Badge

BICARA HATI!

October 7th, 2010

Nur Sabrina

BICARA HATI

Menyingkap tabir masa..

berbicara hati sejuta rasa.

Pahit ditelan, kelat bersulam..

manis beracun, masam mencuka.

Menghela nafas,

dihembus lapang, disedut tenang.

Tercabar MINDA oleh HATI yang bergurau..

Pancaindera dikerah untuk meninjau..

Mata melihat walaupun buta..

Telinga mendengar walaupun pekak..

Hidung menghidu biarpun tersumbat..

Mulut bersuara lidah bergetar..

Naluri terangsang, otak bergegar..

Berbicara hati mempersoalkannya..

Longlai tubuh menanggungnya..

Jiwa resah, rohani terganggu..

Kemelut kehidupan punya angkara

Berbicara hati…

Nikmatilah kesakitan itu..

Nikmatilah kesengsaraan itu..

Nikmatilah kesusahan itu..

Nikmatilah kepayahan itu..

HATI berbicara lagi..

Hargailah…. bersyukurlah…

Kelak kamu akan menikmati kebahagiaan..

Jangan dibuai oleh perasaan,

Jangan tenggelam dihanyut angan-angan..

Kelak kamu akan menyesali dan menyalahkan

dirimu kerana membiarkan MASA berlalu

dan kamu di dalam kerugian.

Damaikan HATI..

Berbicara lah melalui dalaman mu..

luahkan, buktikan lah di luaranmu..

Sesungguhnya..

HATI yg bersih lambang keperibadian mu.

AzmanK88
PRONetwork247
Klang

Oktober 8, 2010

KENALI – “PUISI KU – BICARA HATI”

Azman Karim

Create Your Badge